Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno6 Lite dilancarkan secara rasmi


Oppo mungkin telah melancarkan Reno7 Series baru-baru ini namun syarikat ini dilihat belum selesai dengan Oppo Reno6 Series dan Oppo Reno6 Lite kini telah diperkenalkan secara rasmi di Mexico.

Oppo Reno7 Series kini rasmi dengan skrin AMOLED 90Hz – harga berpatutan

Oppo Reno6 Lite hadir dengan skrin paparan punch-hole AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan cip Snapdragon 662 yang disertakan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.


Oppo Reno6 Lite juga hadir dengan kamera utama 48MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie 16MP juga disertakan.


Selain itu, Oppo Reno6 Lite juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge dan antaramuka Oppo ColorOS 11.1 yang berasaskan Android 11.

Oppo Reno6 Lite ditawarkan didalam dua warna iaitu rainbow silver dan black pada harga MXN 8,799 atau sekitar RM 1,814.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.