Motorola bakal lancar satu lagi peranti flagship dengan sensor 200MP dan Snapdragon 8
Satu laporan terbaru mendedahkan bahawa Motorola akan melancarkan satu lagi telefon pintar flagship selepas pelancaran Motorola Edge X30 baru-baru ini.
Telefon pintar ini dikenali dengan kod nama Frontier dan ianya tampil dengan spesifikasi yang sangat mengagumkan.
Laporan ini mendakwa ianya akan tampil dengan skrin paparan OLED curved berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz yang mana ianya adalah sama seperti pada Edge X30 namun ianya mungkin hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 yang dikeluarkan oleh TSMC.
Selain itu, Motorola “Frontier” ini juga dilaporkan akan hadir didalam dua konfigurasi iaitu 8GB RAM dan 128GB storan dalaman dan 12GB RAM dengan 256GB storan dalaman.
Pada bahagian kamera pula, telefon pintar Motorola ini dikatakan akan memiliki sensor utama 200MP Samsung S5KHP1, sensor ultrawide 50MP Samsung JN1 dan sensor telefoto 12MP Sony IMX663. Kamera selfie pula adalah sensor 60MP OmniVision OV60A.
Akhir sekali, Motorola “Frontier” ini juga akan menyokong pengecasan pantas 125W selain 50W pengecasan tanpa wayar.