Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 11S bakal dilancarkan tidak lama lagi


Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Redmi Note 11S akan dilancarkan tidak lama lagi dan pasaran India akan menjadi pasaran pertama untuk menerima telefon pintar ini.

Selain daripada pengesahan rasmi ini, tidak banyak maklumat mengenai Redmi Note 11S ini diketahui namun berdasarkan gambar panel belakang yang disertakan, ianya dikatakan akan memiliki satu sensor utama 108MP bersama-sama satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Dalam pada itu, khabar angin sebelum ini juga mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan cip daripada MediaTek dan antaramuka MIUI 13.

Akhir sekali, pelancaran Redmi Note 11S dijangka akan berlangsung di India bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.