BMW NEXTGen Malaysia – acara kelestarian dan mobiliti elektrik di Malaysia akan berlangsung pada 14 dan 15 Januari ini
BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan NEXTGen Malaysia – sebuah acara kelestarian dan mobiliti elektrik di Malaysia yang akan datang.
Acara ini bakal menghimpunkan pelbagai organisasi, para usahawan, dan individu berpengaruh yang berkongsi sentimen yang sama untuk menemukan solusi-solusi lestari.
Sejajar dengan matlamat elektrifikasi nasional buat tahun 2022, NEXTGen Malaysia membidik untuk menawarkan aksesibiliti ke atas maklumat yang bukan sahaja berkisarkan mobiliti elektro, malah begitu juga dengan pelbagai sudut inovasi dalam bidang kelestarian bagi memperkasakan generasi Malaysia yang seterusnya.
Acara yang diadakan secara fizikal ini akan dibuka kepada umum dan menjadualkan sesi ucaptama, perbincangan panel serta pameran melibatkan pelbagai topik kelestarian, yang antaranya meliputi tenaga bersih, fesyen segera, mobiliti elektro, pengurusan material, impak sosial dan banyak lagi.
Berikut merupakan butiran acara tersebut :
sila ikuti laman Facebook BMW Malaysia untuk perkembangan terkini.