Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 FE akan dibuka untuk pra-tempahan pada 6 Januari ini – dari RM 2,899


Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy S21 FE di Malaysia dan ianya akan ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 2,899 yang menjadikanya sebagai antara peranti flagship paling berpatutan dipasaran.

Samsung Galaxy S21 FE 5G akan hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.4-inci yang menawarkan kadar segar semula 120Hz dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Dari segi pemprosesan, pasaran Malaysia akan menerima model yang menggunakan cip Exynos 2100 namun terdapat varian yang menggunakan Snapdragon 888 di pasaran lain. Galaxy S21 FE juga memiliki 8GB RAM dan dua storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera pula, Samsung Galaxy S21 FE tampil dengan tetapan tri-kamera dibelakang yang terdiri daripada satu sensor utama 12MP dengan OIS, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 8MP. Kamera selfie adalah unit 32MP.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S21 FE juga membawakan ciri rakaman dual-recording, mod malam dan 30x space zoom.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S21 FE memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Samsung Galaxy S21 FE juga mempunyai pensijilan IP68, sensor capjari dalam skrin (optikal), OneUI 4.0 berasaskan Android 12 dan Samsung Pay.

Samsung Galaxy S21 FE akan ditawarkan didalam empat warna iaitu white, lavender, graphite dan olive pada harga RM 2,899 bagi varian 8/128GB dan RM 3,099 bagi varian 8/256GB.

Pra-tempahan Samsung Galaxy S21 FE akan bermula esok  sehingga 10 Januari dan setiap pra-tempahan ini akan menerima Samsung eVoucher bernilai RM 350 dengan menggunakan kod S21FEFANS dan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 220.

Pra-tempahan boleh dibuat di Samsung Online Store , Samsung Experience Store dan wakil pengedar rasmi.

Selain itu, Samsung juga menawarkan promosi diskaun 30% bagi pembelian aksesori Galaxy S21 FE 5G dan 20% diskaun bagi pembelian Galaxy Watch4 Classic, Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds Series ( dari 6 Januari hingga 28 Februari 2022)*.

* maksima 2 pembelian aksesori dengan pembelian Samsung Galaxy S21 FE 5G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.