Lenovo Vibe P1 Turbo dilancarkan secara rasmi – bateri 5,000mAh
Lenovo secara rasminya telah melancarkan satu lagi model telefon pintar didalam siri Vibe P1 yang dikenali sebagai Lenovo Vibe P1 Turbo dan sebelum ini telah dilaporkan akan hadir dengan nama Lenovo Vibe P1 Pro
Lenovo P1 Turbo ini hadir dengan skirn paparan 1080p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 401ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 615 , 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman selain sokongan kad microSD yang memberikan anda pilihan untuk menambah sehingga 128GB.
Selain itu, tarikan utama Lenovo Vibe P1 Turbo ini adalah pada bahagian bateri , telefon pintar ini hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mah dan dengan sokongan pengecasan pantas 24W Quick Charge 2.0.
Bercakap mengenai kamera pula, Lenovo Vibe P1 Turbo ini hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash LED tiga warna manakala kamera selfie adalah 5MP. Lenovo Vibe P1 Turbo ini juga hadir dengan dua slot sim yang menyokong rangkaian 4G LTE selain sensor capjari pada bahagian belakang.
Lenovo Vibe P1 Turbo ini hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop , sokongan USB on-the-go , fungsi sebagai powerbank dan penyertaan aplikasi Lenovo seperti SHAREit dan CLONEit.
Lenovo Vibe P1 Turbo ini kini telah dibuka untuk tempahan di pasaran Indonesia dan ianya ditawarkan pada harga penjualan IDR 3.999.000 iaitu sekitar RM 1,227.68.
Lenovo Vibe P1 Turbo ini ditawarkan didalam dua warna iaitu warna platinum dan warna kelabu grafit.