Epicor Serlahkan Kuasa ‘Cloud’ dengan Kemas Kini Epicor Kinetic ERP Terbaharu untuk Pengeluar
Epicor, iaitu peneraju global dalam perisian perusahaan khusus industri yang direka untuk memacu pertumbuhan perniagaan, mengumumkan pelancaran Epicor Kinetic terbaharu, yang merupakan platform ERP berasaskan Awan untuk pengeluar.
Pembaharuan berkenaan menzahirkan komitmen berterusan syarikat untuk membina penyelesaian Awan Industri (Industry Cloud) yang terunggul bagi memperkasakan sektor pengeluar untuk memantapkan operasi dan meningkatkan keuntungan.
Apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kecekapan operasi, gangguan rantaian bekalan, kerumitan tenaga kerja dan perubahan sikap pelanggan terhadap ketersambungan digital, penyelesaian produktiviti industri yang fleksibel dan dipacu maklumat menjadi satu keperluan yang kritikal.
Malah, menurut Laporan Wawasan Industri Epicor 2021 terkini, 94 peratus daripada pemimpin perniagaan yang ditinjau berpendapat Awan sangat penting untuk menjamin kerelevanan perniagaan mereka pada masa hadapan , manakala 82 peratus berkongsi Covid-19 telah merancakkan pelan migrasi Awan mereka.
Sehubungan itu, pelancaran Epicor Kinetic terbaharu mampu menangani pelbagai cabaran ini secara langsung dan dibina untuk menyampaikan pelbagai keupayaan yang membawa pejabat belakang tabir (back-office) kepada pengguna perniagaan barisan hadapan – termasuk pilihan Awan yang lebih luas untuk pengeluar bersaiz besar, ciri-ciri baharu untuk mempertingkatkan ketepatan maklumat dan produktiviti, serta pengalaman pengguna yang lebih baik.
Keupayaan Awan Perusahaan untuk Pengeluar Bersaiz Besar
Epicor Kinetic kini menawarkan pakej Perkhidmatan Perusahaan Awan Epicor (Epicor Cloud Enterprise Services)baharu untuk pengeluar bersaiz besar yang perlu menangani keperluan bil bahan (BOM) dan Perancangan Sumber Bahan (MRP) yang kompleks.
Meningkatkan Produktiviti
Pembaharuan berkenaan menampilkan rangkaian modul dan ciri peningkatan bersepadu dan khusus industri, sekali gus menaik taraf keupayaan digital untuk menyediakan sebut harga, anggaran dan e-dagang. Ciri-ciri baharu termasuk:
• SecturaSOFT: Epicor Kinetic bersambung dengan alatan anggaran dan sebut harga SecturaFAB untuk pengeluar fabrikasi logam. Ia menyampaikan perwakilan grafik dan nesting logic yang dapat mempercepatkan proses penjanaan sebut harga secara ketara, sekali gus membolehkan pelanggan meraih manfaat dari segi waktu jalan (runtimes)yang dioptimumkan, kos kimpalan, operasi pemotongan yang kompleks, dan sebagainya.
• Sambungan dengan Amazon serta eBay: Epicor EDI, iaitu modul integrasi perniagaan-ke-perniagaan (B2B), menghubungkan Epicor Kinetic dengan Amazon serta eBay, membolehkan pengguna yang memasukkan jumlah pesanan yang besar untuk mengautomasikan pemprosesan entri pesanan.
Menaik Taraf Pengalaman Pengguna
Menawarkan pelbagai ciri peningkatan, pembaharuan ini menyediakan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikanuntuk meningkatkan penglibatan dan produktiviti.
Tidak kira pemperibadian mahupun konfigurasi rendah/tiada kod yang dipertingkatkan dalam alatan Epicor Application Studio, setiap ciri peningkatan boleh diterapkan mengikut keperluan masing-masing bagi meminimumkan gangguan terhadap perniagaan.
Tambahan pula, pembaharuan ini didatangkan dengan lebih 56 latihan praktikal baharu yang diintegrasikan secara sempurna ke dalam platform berkenaan.
Untuk maklumat lanjut tentang Epicor Kinetic atau untuk meminta demo, sila lawati laman rasmi