Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan Perlindungan Samsung Care+ kini boleh dibeli di Samsung Online Store – serendah RM 55 sahaja


Samsung Mobile Malaysia telah mengumumkan pelan perlindungan komprehensif Samsung Care+ kini boleh dibeli secara atas talian di Samsung Online Store dengan pembelian telefon pintar atau tablet.


Samsung Care + adalah pelan perlindungan komprehensif yang menawarkan pembaikan peranti apabila berlaku kemalangan atau kerosakan yang tidak diingini.

Antara kerosakan yang dilindungi melalui pelan Samsung Care + adalah kerosakan di sebabkan air dan pembaikan skrin retak yang tidak dilindungi oleh waranti asas.

Pelan Samsung Care+ ini bermula pada harga serendah RM 55 dan pengguna diberikan pilihan untuk melanggan untuk tempoh satu atau dua tahun.

Untuk mendapatkan untuk Samsung Care+ di Samsung Online Store, cuma ikuti langkah di bawah:

Langkah 1: Semasa daftar keluar, klik ‘Tambah’ untuk Samsung Care+

Langkah 2: Pilih pelan Samsung Care+ pilihan anda dan setuju kepada Terma & Syarat

Langkah 3 : Selesai dan nikmati penggunaan peranti dengan minda yang tenang

maklumat lanjut di Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.