Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus umum pelan kemaskini Android 12 – tiba ke ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s Series pada suku pertama 2021

Asus umum pelan kemaskini Android 12 - tiba ke ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s Series pada suku pertama 2021 7
Selepas pelancaran Google Pixel 6 Series, pengeluar telefon pintar telah mula mengumumkan pelan kemaskini Android 12 bagi peranti sediada dipasaran dan kini Asus telah mengumumkan perkara yang sama.

Asus umum pelan kemaskini Android 12 - tiba ke ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s Series pada suku pertama 2021 8

Asus secara rasminya telah mengesahkan bahawa kemaskini Android 12 akan ditawarkan kepada pengguna Asus Zenfone 7, Zenfone 8, Zenfone 8 Flip, ROG Phone 3, ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s.

Selain itu, Asus juga mengesahkan bahawa Asus Zenfone 8 akan menjadi model pertama untuk menerima Android 12 pada bulan Disember diikuti Zenfone 8 Flip juga pada bulan yang sama.

Asus umum pelan kemaskini Android 12 - tiba ke ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s Series pada suku pertama 2021 9

Dalam pada itu, telefon pintar gaming Asus iaitu ROG Phone 5 Series dan ROG Phone 5s Series dijadualkan akan menerima Android 12 pada suku pertama 2022 iaitu antara bulan Januari hingga Mac tahun hadapan.

Selain itu, Asus ROG Phone 3 dan Asus Zenfone 7 pula akan menerima kemaskini Android 12 pada pertengahan pertama 2022 yang bermaksud ianya akan menerima kemaskini generasi baharu Android ini antara bulan Januari hingga Jun tahun hadapan.

Asus juga berkata bahawa kemaskini Android baharu ini akan mewarisi pelbagai ciri utama yang diperkenalkan pada Android 12 manakala peranti Zenfone pula akan tampil dengan Android 12 yang di adaptasikan didalam ZenUI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.