Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad kini rasmi dengan skrin paparan IPS LCD 10.4 dan cip Helio G80 – harga dari RM 790

realme secara rasminya telah melancarkan tablet pertama syarikat ini iaitu realme Pad.

realme Pad hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.4-inci dengan resolusi 2000 x 1200 piksel pada rekaan yang sangat nipis iaitu hanya 6.9mm.

realme Pad hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan dua kapasiti RAM iaitu 3GB atau 4GB RAM,  storan dalaman 32GB atau 64GB dan slot microSD untuk tambahan storan.

Bercakap mengenai kamera, realme Pad memiliki dua unit kamera HD 8MP iaitu satu dibahagian belakang dan satu dibahagian hadapan.

Sebagai sebuah tablet multimedia, realme Pad juga memiliki 4 pembesar suara pada setiap sisi yang mempunyai sokongan Dolby Atmos ‘adaptive surround sound’.

Pada bahagian bateri pula, realme Pad hadir dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain melalui ciri reverse charging.

Seterusnya, realme Pad juga akan hadir dengan antaramuka realme UI for Pad yang berasaskan Android 11.

realme Pad akan ditawarkan didalam dua warna iaitu realm Gold dan realme Grey dan terdapat juga varian LTE.

realme Pad 3/32 GB Wi-Fi – INR 13,999 (RM 790)

realme Pad 3/32 GB Wi-Fi + LTE – INR 15,999 (RM 902)

realme Pad 4/64 GB Wi-Fi + LTE –  INR 17,999 (RM 1,015)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.