Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X70 dan Vivo X70 Pro kini rasmi dengan teknologi kamera ZEISS


Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Vivo X70 Series di pasaran China dan telefon pintar ini terdiri daripada tiga model iaitu Vivo X70, Vivo X70 Pro dan Vivo X70 Pro+.

Dua daripada model siri X70 ini iaitu X70 dan X70 Pro mempunyai persamaan dari segi spesifikasi dan kebanyakkanya juga masih sama seperti pada Vivo X60 dan Vivo X60 Pro.

Vivo X60 dan Vivo X60 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.56-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Dari segi cipset, Vivo X70 Pro hadir dengan cip Exynos 1080 manakala Vivo X70 kini menggunakan MediaTek Dimensity 1200.

Perubahan paling ketara pada dua model ini adalah pada bahagian kamera, Vivo X70 hadir dengan sensor utama 40MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan 2x zoom optik.


Dalam pada itu, sensor kamera Vivo X70 Pro adalah sensor utama 50MP, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 12MP dengan 2x zoom optik dan sensor persikop 8MP yang menawarkan 5x zoom optik.

Kedua-dua kamera ini menggunakan lensa ZEISS yang menjanjikan fotografi dan videografi lebih baik berbanding apa yang ditawarkan pada Vivo X60 dan Vivo X60 Pro.

Beralih kepada bateri, Vivo X70 tampil dengan bateri berkapasiti 4,400mAh manakala Vivo X70 Pro pula memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh namun kedua-dua model ini menyokong pengecasan pantas 44W.

Vivo X70 dan Vivo X70 Pro akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu White, Black, atau Nebula dengan harga jualan seperti dibawah :

Vivo X70 8/128GB – CNY 3,699 (RM 2,378)

Vivo X70 8/256GB – CNY 3,999 (RM 2,569)

Vivo X70 12/256GB – CNY 4,299 (RM 2,762)

Vivo X70 Pro 8/128GB – CNY 4,299 (RM 2,762)

Vivo X70 Pro 8/256GB – CNY 4,599 (RM 2,594)

Vivo X70 Pro 12/256GB – CNY 4,799 (RM 3,083)

Vivo X70 Pro 12/512GB – CNY 5,299 (RM 3,404)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.