realme 8s 5G dan realme 8i akan dilancarkan pada 9 September ini
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 8s 5G dan realme 8i akan dilancarkan pada 9 September ini dan kedua-dua telefon pintar ini akan hadir dengan cip pemprosesan MediaTek.
realme 8s 5G akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan cip MediaTek Dimensity 810 5G manakala realme 8i akan hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G96. Kedua-dua telefon pintar ini juga akan hadir dengan DRE (Dynamic RAM Expansion).
Beralih kepada skrin, realme 8i dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 120Hz manakala realme 8s 5G pula akan memiliki skrin paparan 90Hz.
realme 8s 5G dan realme 8i akan dilancarkan ke pasaran India terlebih dahulu namun buat masa ini masih belum sebarang maklumat mengenai pelancaran antarbangsa.