Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 dan 50MP ISOCELL GN5

Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 dan 50MP ISOCELL GN5 11
Samsung secara rasminya telah melancarkan sensor imej flagship terbaru yang dijangka akan digunakan pada Samsung Galaxy S22 Ultra iaitu ISOCELL HP1.

Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 dan 50MP ISOCELL GN5 12

Sensor ISOCELL HP1 ini mempunyai resolusi 200MP namun mampu mengambil gambar didalam resolusi 12.5MP dan 50MP dengan menggunakan teknologi pixel bining yang dikenali sebagai ChamaleonCell.

Sensor HP1 ini akan menghasilkan output mengikut keadaan persekitaran dimana didalam keadaan low light, ianya akan menggunakan teknologi 4×4 binning untuk menghasilkan gambar yang mempunyai 2.56μm piksel.

Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 dan 50MP ISOCELL GN5 13
Selain itu, didalam keadaaan cahaya persekitaran yang baik, ianya akan menggunakan teknologi binning 2×2 untuk output 50MP atau resolusi penuh 200MP.

Dalam pada itu, Samsung tidak mendedahkan saiz sensor ini namun ianya didakwa adalah lebih kecil dari saiz sensor ISOCELL GN2.

Akhir sekali, sensor ISOCELL HP1 ini juga didakwa mampu merakam video 8K pada kadar 30fps namun pada resolusi 50MP.

Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 dan 50MP ISOCELL GN5 14
Beralih kepada satu lagi sensor yang dilancarkan iaitu Samsung ISOCELL GN5 yang merupakan sensor 1.0μm beresolusi 50MP yang akan menawarkan prestasi pemfokusan auto yang lebih baik dan tepat.

Ianya tampil dengan teknologi Front Deep Trench Isolation pada pemfokusan Dual Pixel buat pertama kali.

Samsung telah melancarkan sensor 200MP ISOCELL HP1 dan 50MP ISOCELL GN5 15
Sensor ISOCELL GN5 ini mengintegrasikan Dual Pixel Pro, yang merupakan teknologi pemfokusan automatik pelbagai arah. Ia meletakkan dua fotodiod dalam setiap piksel 1.0μm. Piksel autofokus menggabungkan pemfokusan menegak dan mendatar ke seluruh sensor untuk menghasilkan fokus yang tepat dan pantas.

Sensor Samsung GN5 ini mungkin akan turut digunakan pada Galaxy S22 Series iaitu pada mode Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.