Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor dan sistem kamera yang lebih berkuasa
Google secara rasminya telah mendedahkan beberapa maklumat penting mengenai telefon pintar terbaru mereka iaitu Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Perkara pertama yang disahkan oleh Google adalah pengunaan cip pemprosesan mereka yang tersendiri iaitu Google Tensor.
Cip pemprosesan Tensor yang akan digunakan pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan menjadikan telefon pintar sebagai peranti dengan lapisan keselamatan paling banyak pada sebuah telefon pintar.
Google juga mendakwa bahawa sensor kamera yang digunakan pada Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro adalah terlalu besar untuk dimuatkan didalam reka bentuk modul kamera segiempat.
Ini telah membolehkan Google memperkenalkan reka bentuk panel kamera yang lebih unik yang dikenali sebagai ‘camera bar’.
Selain itu, Google Pixel 6 Pro telah disahkan akan hadir dengan reka bentuk rangka aluminum yang di gilap manakala Google Pixel 6 pula tampil dengan rangka aluminum matte.
Akhir sekali, Google Pixel 6 dan Google Pixel 6 Pro akan tampil dengan sistem operasi Android 12 dengan antaramuka ‘Material You’.