Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 akan menggunakan sensor 50MP RGWB

Samsung Galaxy S22 akan menggunakan sensor 50MP RGWB 3
Umum diketahui bahawa Samsung sedang membangunkan sensor kamera ISOCELL 200MP yang akan digunakan buat pertama kali pada telefon pintar Xiaomi Mi 12 Series.

Selain daripada itu, Samsung juga dilaporkan akan menggunakan satu sensor 50MP yang mempunyai sensor RGWB pada telefon pintar flagship syarikat ini iaitu Samsung Galaxy S22 Series.

Menurut Ice Universe, kedua-dua sensor kamera ini dijangka akan diumumkan pada bulan September.

Sensor RGB mempunyai kebolehan membaca warna merah, hijau dan biru sebelum menghasilkan satu imej namun dengan RGBW, terdapat LED putih pada sensor yang memberikan hasil gambar yang lebih baik didalam keadaan kontras tinggi.

Sensor 50MP RGWB yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan menawarkan pengguna fotografi yang lebih berkualiti tinggi khususnya didalam keadaan cahaya yang rendah.

Pelancaran Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan berlangsung sekitar bulan Januari 2022.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.