Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk realme Pad telah tertiris

Reka Bentuk realme Pad telah tertiris 11realme sebelum ini telah mengesahkan pembangunan tablet pertama syarikat ini iaitu realme Pad dan kita kini mempunyai visual yang dikatakan adalah reka bentuk tablet syarikat ini.

MySharePrice dan OnLeaks telah mengeluarkan reka bentuk realme Pad yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Reka Bentuk realme Pad telah tertiris 12

Berdasarkan lakaran ini, realme Pad dijangka akan ditawarkan didalam reka bentuk aluminum unibodi iaitu didalam dua warna iaitu emas dan kelabu.

Selain itu, pada bahagian hadapan, realme Pad dijangka akan menampilkan skrin paparan berukuran 10.4-inci dan terdapat juga kamera selfie 8MP dibahagian tengah bezel skrin.

Reka Bentuk realme Pad telah tertiris 13

Pada bahagian sisi bawah, realme Pad dilihat akan mempunyai dua gril pembesar suara yang diletakkan diantara slot USB dan terdapat juga satu slot yang mungkin untuk menempatkan stylus.

Reka Bentuk realme Pad telah tertiris 14
Selain itu, pada bahagian belakang juga terdapat satu lagi sensor kamera yang didakwa adalah sensor 8MP yang mempunyai pemfokusan auto dan bukanya fokus tetap seperti pada bahagian hadapan.

Reka Bentuk realme Pad telah tertiris 15

Selain itu, realme Pad dijangka akan memiliki bateri berkapasiti 7,000mAh yang mungkin turut disertakan dengan pengecasan pantas VOOC.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.