Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple pertimbangkan untuk mengenakan syarat vaksinasi bagi pekerja yang akan kembali ke pejabat tidak lama lagi

Apple pertimbangkan untuk mengenakan syarat vaksinasi bagi pekerja yang akan kembali ke pejabat tidak lama lagi 1

Apple pertimbangkan untuk mengenakan syarat vaksinasi bagi pekerja yang akan kembali ke pejabat tidak lama lagi 2
Apple dilaporkan masih belum memutuskan samada pekerja mereka yang akan kembali ke pejabat pada bulan Oktober perlu divaksinasi ataupun tidak.

Menurut Josh Lipton dari CNBC, Tim Cook dilaporkan telah berkata bahawa fokus Apple ketika ini adalah bila staf mula kembali ke pejabat dan sedang sentiasa memantau perkembangan terkini untuk menentukan syarat vaksinasi diperlukan ataupun tidak.

Dalam perkembangan berasingan, Google telah mengumumkan bahawa kesemua pekerja mereka yang akan kembali ke pejabat perlu menerima vaksinasi dan langkah ini mungkin diikuti oleh Apple dan syarikat teknologi lain sebagai langkah melindungi pekerja dari ancaman wabak covid-19.

Selain itu, Apple dan Google juga telah menunda tarikh pekerja mereka kembali ke pejabat sehingga pertengahan Oktober susulan daripada penularan varian Delta yang telah meningkatkan kes jangkitan di Amerika Syarikat.

Apple dikatakan mahu pekerja mereka kembali ke pejabat kerana kolaborasi semuka antara satu sama lain adalah budaya utama didalam syarikat ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.