Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony umumkan sebanyak 10 juta unit PlayStation 5 telah dijual – paling pantas dalam sejarah


Sony secara rasminya telah mengesahkan bahawa sejumlah 10 juta unit generasi baharu konsol permainan Sony PlayStation 5 telah terjual setakat 18 Julai 2021.

Jualan Sony Playstation 5 setakat ini meletakkan konsol permainan ini yang paling banyak terjual didalam sejarah PlayStation.

Selain itu, jualan 10 juta unit Sony PlayStation 5 juga berjaya dicapai dikala pasaran global menghadapi kekurangan bekalan cip yang menyebabkan permintaan melebih bekalan.

Masalah ini juga di hadapi di Malaysia dimana stok PlayStation 5 adalah terhad dan setakat ini Sony Malaysia telah membuat 7 pusingan pra-tempahan yang mana setiap satunya habis terjual.

Walaubagaimanapun apa yang menyedihkan adalah kebanyakkan stok ini dimiliki oleh penjual yang bertindak menjual semula konsol ini pada harga yang lebih mahal.

Pusingan pra-tempahan kali terakhir di Malaysia telah berlangsung pada 23 Julai yang lalu dan stok telah habis ditempah.

Untuk maklumat pra-tempahan seterusnya, pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di Facebook Sony Malaysia

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.