Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K40 Gaming Edition dengan cip Snapdragon 870 akan dilancarkan

Redmi K40 Gaming Edition dengan cip Snapdragon 870 akan dilancarkan 1

Redmi K40 Gaming Edition dengan cip Snapdragon 870 akan dilancarkan 2
Redmi K40 telah mempunyai satu telefon pintar Gaming Edition namun syarikat ini dilihat bakal melancarkan satu lagi edisi gaming dengan cip pemprosesan yang berlainan.

Redmi K40 Gaming Edition yang baharu ini nampaknya akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 yang berlainan dengan edisi sebelum ini yang tampil dengan cip MediaTek Dimensity 1200.

Pemberi maklumat, Digital Chat Station telah mengesahkan telefon pintar baharu Redmi ini akan hadir dengan cip Snapdragon 870 dan ianya juga akan mempunyai persamaan yang banyak dengan edisi asal.

Ini bermaksud selain perbezaan cip, Redmi K40 ini dijangka akan memiliki skrin paparan 120Hz AMOLED, butang fizikal shoulder trigger, sensor utama 64MP dan bateri berkapasiti 5,065mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

Pelancaran Redmi K40 Gaming Edition yang baharu ini dijangka akan berlangsung didalam waktu terdekat di China.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.