Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo perkenal teknologi pengecasan pantas VOOC yang efisien dan pantas

Oppo perkenal teknologi pengecasan pantas VOOC yang efisien dan pantas 1

Oppo perkenal teknologi pengecasan pantas VOOC yang efisien dan pantas 2
Oppo secara rasminya telah memperkenalkn satu teknologi pengecasan terbaru yang memastikan keselamatan bateri terjaga ketika proses pengecasan.

Oppo mendakwa bahawa dengan menggunakan komponen dan perisian AI yang lebih maju, bateri yang dicaj menggunakan teknologi ini hanya akan kehilangan 20% kapasiti selepas 1500 kitaran yang melepasi tahap minima sebanyak 300%.

Bermula dengan sel dalaman m, iaitu pengelompokan dua sel dalam satu bateri. Lapisan polimer juga membolehkan kedua sel berfungsi secara bebas antara satu sama lain.

Selain itu, Cip pengesanan keselamatan bateri juga disertakan dimana ianya berfungsi mengesan penurunan voltan yang tidak normal dan memberi amaran peringatan anda jika anda memerlukan bateri diperiksa atau diganti.

Dalam pada itu, teknologi pengecasan pintar ini juga berfungsi untuk mengatur arus pengecasan secara dinamik untuk pelbagai jenis kapasiti bateri dan penyesuai pengecasan. Ia akan merundingkan arus terbaik dengan haba terendah.

Selain itu, pembebasan haba satu isu yang menghantui proses pengecasan, namun melalui teknologi ini, pembebasan haba telah dikurang sebanyak 50% dan buat pertama kali Oppo menggunakan gallium nitrida pada litar telefon pintar dan mungkin juga pada adapter pengecasan

GaN menawarkan rintangan voltan yang lebih baik daripada silikon, membolehkan reka bentuk pengecas yang lebih kecil, dan lebih cekap dalam mengalirkan arus, yang juga membolehkan pembaziran tenaga melalui haba.

Selain itu, Oppo juga mendedahkan bahawa teknologi pengecasan pantas 65W pada generasi ini adalah 20% lebih pantas (30 minit untuk mengecas penuh bateri 4,500mAh).

Buat masa ini Oppo belum mendedahkan bila teknologi pengecasan pantas ini akan memasuki pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.