Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 20 5G kini ditawarkan pada harga RM 2,999 sahaja

 


Samsung Malaysia kini menawarkan anda peluang memiliki Galaxy Note 20 5G pada harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 2,999 berbanding harga ketika pelancaran iaitu RM 4,299.

Samsung Galaxy Note 20 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 6.7” yang mempunyai resolusi FHD+ pada kadar segar semula kovensional 60Hz sahaja.

Dari segi pemprosesan dalaman, Galaxy Note 20 juga disertakan dengan pemproses Exynos 990, 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1 namun tiada slot microSD.

Samsung Galaxy Note 20 pula hadir dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama wide-angle 12MP, sensor ultra wide 12MP dan sensor telefoto 64MP manakala kamera selfie adalah unit 10MP yang sama seperti Galaxy Note 20 Ultra.

Samsung Galaxy Note 20 juga menyokong rakaman 8K, video gerak perlahan 120fps pada resolusi FHD+ dan Space Zoom 30x (50x Space Zoom pada Galaxy Note 20 Ultra).

Beralih kepada bateri, Galaxy Note 20 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dengan teknologi pengecasan pantas yang sama iaitu pada kadar 25W.

Samsung Galaxy Note20 ini ditawarkan  didalam dua pilihan warna iaitu Mystic Bronze dan Mystic Green.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note 20 5G ini di Samsung eStore dan Lazada

Promosi tamat 30 Julai 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.