Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 2
Peranti pertama HUAWEI dengan HarmonyOS iaitu HUAWEI MatePad 12.6 telah mula di Malaysia dan kini syarikat ini telah mengesahkan bahawa jam pintar HUAWEI Watch 3 akan turut memasuki tidak lama lagi.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 & MatePad Pro 10.8 kini rasmi dengan HarmonyOS 2.0 dan cipset Qualcomm Snapdragon

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 3

HUAWEI Watch 3 menampilkan sebuah 3D rotating crown yang memudahkan navigasi UI HarmonyOS dan berfungsi pada semua jenis cuaca.

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 4
HUAWEI Watch 3 mempunyai skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci yang mempunyai kadar kecerahan 1000nits manakala kepadatan piksel adalah 326ppi.

Skrin paparan ini juga dilapisi gelas keselamatan iaitu pada rangka besi kukuh manakala bahagian belakang jam ini diperbuat daripada seramik.

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 5

Jam pintar terbaru HUAWEI ini juga mempunyai kalis air 5ATM, sensor heart rate, sensor bacaan SpO2, dan sensor suhu kulit. Kesemua sensor ini menawarkan fungsi seperti bacaan stress 24/7 dan juga kualiti tidur.

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 6

HUAWEI Watch 3 juga mempunyai eSIM dan penggunaan HarmonyOS juga membolehkan stor aplikasi HUAWEI AppGallery ditawarkan terus pada jam tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar.

HUAWEI Watch 3 juga mempunyai 2GB RAM dan 16GB storan dalaman, 100 mod kecergasan yang termasuk 17 aktiviti profesional, mod fall defection yang akan membuat panggilan kecemasan automatik menggunakan eSIM dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari pada mod Ultra Long Lasting (3 hari pada tetapan 4G).

HUAWEI Watch 3 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 7

HUAWEI Watch 3 Pro

HUAWEI Watch 3 Pro pula hadir dengan reka bentuk yang lebih klasik dengan rangka jam yang diperbuat daripada Titanium dan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Selain itu, skrin HUAWEI Watch 3 Pro juga dilapisi gelas sapphire dengan jangka hayat bateri adalah 5 hari pada 4G atau sehingga 21 hari melalui mod Ultra-Long Lasting.

Selain itu, HUAWEI Watch 3 Pro juga merupakan jam pintar pertama untuk hadir dengan dual band GPS (Band 1 dan 5).

Nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran HUAWEI Watch 3 Series di Malaysia pada 25 Jun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.