Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M32 kini rasmi – tampil dengan skrin paparan AMOLED 90Hz pada harga serendah RM 834 sahaja

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy M32 sebagai satu lagi telefon pintar bajet dibawah siri Galaxy M.


Samsung Galaxy M32 ini hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz serta kecerahan maksima 800 nits.

Selain itu, panel skrin Galaxy M32 ini juga mempunyai takukan waterdrop yang menempatkan kamera selfie 20MP manakala sensor capjari pula berada dibahagian sisi yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.

Samsung Galaxy M32 ini hadir dengan cip MediaTek Helio G80 yang ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB atau 6GB/128GB dan tidak lupa antaramuka OneUI 3.1 berasakan Android 11.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy M32 ini hadir dengan satu sensor utama 64MP, satu sensor ultrawide 8MP, satu sensor depth 2MP dan satu sensor makro 2MP.

Pada bahagian bateri pula, Samsung Galaxy M32 ditawarkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 25W namun hanya adapter 15W disertakan dalam kotak pembelian.

Samsung Galaxy M32 ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru pada harga seperti berikut :

Samsung Galaxy M32 4/64GB – INR 14,999 (RM 836)

Samsung Galaxy M32 6/128GB – INR 16,999 (RM 948)

Samsung Galaxy M32 kini telah ditawarkan di India, status pelancaran antarabangsa masih belum diketahui.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.