realme GT 5G kini rasmi untuk pasaran global – Skrin 120Hz AMOLED & Snapdragon 888 dengan GT Mode
realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship realme GT 5G ke pasaran global yang mungkin bermaksud pelancaran di pasaran Malaysia satu realiti tidak lama lagi.
realme GT 5G tiba ke pasaran global selepas memasuki pasaran China beberapa bulan lalu sebagai telefon pintar dengan cip Snapdragon 888 termurah dipasaran.
Terus kepada spesifikasi, realme GT 5G hadir akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan ianya memiliki kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan skrin 360Hz namun dengan lima tetapan berbeza mengikut keperluan pengguna.
Selain itu, pemproses Snapdragon 888 yang dimiliki realme GT 5G juga akan disertakan dengan 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 pada kapasiti 128GB atau 256GB (mengecewakan tiada slot microSD).
Beralih kepada bahagian kamera, realme GT 5G juga menampilkan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP jenis punch-hole.
Selain itu, rakaman video yang boleh diambil melalui realme GT 5G adalah 4k/60fps dan rakaman gerak perlahan 720p/480fps.
Beralih kepada bateri, realme GT 5G memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W namun masih tiada pengecasan tanpa wayar.
Lain-lain spesifikasi realme GT 5G adalah Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6e, pembesar stereo suara Dolby Atmos, realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan HyperBoost 4.0 serta mod GT untuk prestasi peranti maksima.
realme GT 5G akan hadir didalam tiga warna iaitu Galactic Silver, Deep Sea Blue, dan Dawn Yellow yang mempunyai kemasan seperti kulit .