Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 30 kini rasmi di Malaysia – hanya RM 699 pada jualan pertama di Shopee pada 20 Mei ini

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri narzo iaitu realme narzo 30 dan pasaran Malaysia sekali lagi terpilih menjadi pasaran pertama didunia untuk menerima telefon pintar ini.

realme narzo 30 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada gaming dan ianya dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G95 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

realme narzo 30 juga dilengkapi skrin paparan Ultra Smooth 90Hz berukuran 6.5-inci dan menawarkan resolusi FHD+ dan kadar kecerahan maksima 580nits didalam mod Sunlight.

Pada bahagian kamera, realme narzo 30 memiliki satu sensor 48MP (Samsung S5KGM1ST) yang disertakan bersama satu sensor makro dan satu sensor potret B&W. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, realme narzo 30 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan pengecasan 30W Dart Charge yang mampu mengecas bateri ini ke tahap 100% didalam masa 65 minit sahaja.

narzo 30 hadir didalam dua pilihan warna iaitu Racing Silver dan Racing Blue pada harga RM 799.

Selain itu, realme narzo 30 ini akan ditawarkan pada harga RM 699 sahaja pada jualan pertama yang akan berlangsung di stor rasmi realme di Shopee pada 20 Mei ini.

Dapatkan realme narzo 30 di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.