Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengguna Apple Watch di Malaysia bakal menerima sokongan bacaan ECG melalui kemaskini WatchOS 7.5


Berita baik kepada pengguna Apple Watch di Malaysia, kemaksini WatchOS 7.5 yang bakal ditawarkan tidak lama akan membawakan sokongan aplikasi ECG dan notifikasi degupan jantung tidak normal kepada pengguna.

Laporan 9to5Mac menyebut bahawa kemaskini beta WatchOS 7.5 telah mula ditawarkan kepada yang turut serta dalam program beta dan screenshot kemaskini menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu daripada dua negara yang akan menerima ciri bacaan ECG bersama-sama Peru.

Selain itu, WatchOS 7.5 juga akan membawakan Apple Card Family Sharing dan langganan Podcast.

Ciri bacaan ECG akan ditawarkan kepada pengguna Apple Watch Series 4, Series 5 dan Series 6.

Saiz kemaskini Apple WatchOS 7.5 ini adalah 128MB.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.