Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem Operasi HarmonyOS akan digunakan pada 300 juta peranti tahun ini


HarmonyOS merupakan sistem operasi dalaman HUAWEI yang dibangunkan sebagai alternatif kepada Android dan proses pembangunan OS ini telah dipercepatkan selepas penyenaraian hitam syarikat ini oleh kerajaan AS.

Terbaru, HUAWEI mendakwa bahawa sebanyak 20 pembuat komponen dan 280 syarikat perisian bakal membangunkan beberapa peranti pintar yang beroperasi dibawah ekosistem HarmonyOS.

Huawei telah meletakkan sasaran untuk mempunyai 300 juta peranti dengan HarmonyOS dan 100 juta daripadanya adalah peranti baharu yang akan dilancarkan dengan sistem operasi ini.

Wang Chenglu, presiden perniagaan pengguna Huawei (software) berkata bahawa HarmonyOS dibina untuk menyatukan pelbagai peranti, bukan hanya untuk telefon pintar dan TV. OS ini bersifat universal.

Selain itu, Huawei juga telah mengesahkan beberapa telefon pintar yang boleh dikemaksini ke HarmonyOS namun tiada sebarang tarikh kemaskini diberikan setakat ini.

Dalam pada itu, siri HUAWEI P50 yang akan dilancarkan tidak lama lagi mungkin menjadi generasi pertama flagship untuk dilancarkan dengan HarmonyOS.

Bagi pasaran Malaysia, kita mungkin menerima peranti pertama dengan HarmonyOS pada bulan ini iaitu televisyen HUAWEI Vision S Series.

Televisyen HUAWEI Vision S Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.