Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 kini rasmi – skrin Super AMOLED 90Hz, Snapdragon 720 dan sensor kamera utama 64MP


Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar siri Galaxy A yang terbaru iaitu Galaxy A52 dan Galaxy A72 yang hadir dengan reka bentuk seperti siri flagship Samsung Galaxy S21 dan terdapat juga pensijilan kalis air IP67.

Terus kepada spesfikasi, Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 akan hadir dengan skrin paparan terbaik pernah ditawarkan pada siri Galaxy A.

Ianya adalah skrin paparan Super AMOLED Infinity-O 90Hz berukuran 6.5-inci pada Galaxy A52 dan 6.7-inci pada Galaxy A72.

Panel ini skrin menawarkan resolusi FHD+ (1080 x 2400) yang juga menempatkan sensor selfie 32MP dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Beralih kepada pemproses, walaupun tidak didedahkan secara rasminya, Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 akan hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 720 dan bagi pasaran Malaysia, kedua-dua telefon pintar ini akan memiliki 8GB RAM dan 256GB storan dalaman (sokongan kad microSD sehingga 1TB).

Terus kepada kamera, Samsung Galaxy A52 hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP.

Samsung Galaxy A72 pula tampil dengan sensor kamera yang hampir sama namun kehilangan sensor depth 5MP dan digantikan dengan sensor telefoto 3X 8MP (juga mempunyai OIS).

Selain itu, Samsung Galaxy A52 juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh manakala Galaxy A72 pula hadir dengan kapasiti 5,000mAh namun kedua-dua telefon pintar ini menyokong pengecasan pantas 25W.

Lain-lain spesifikasi Galaxy A52 dan Galaxy A72 adalah pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, sensor capjari dalam skrin, OneUI 3.1 dengan Android 11 dan NFC.

Siri Galaxy A akan ditawarkan didalam warna Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.

Harga penjualan Samsung Galaxy A52 dan Samsung Galaxy A72 di Malaysia masih belum diumumkan buat masa sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.