Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A32 kini rasmi- varian 4G dan 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi

Samsung Galaxy A32 kini rasmi- varian 4G dan 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 11Selain pelancaran Galaxy A52 dan Galaxy A72 di majlis awesome unpacked malam tadi, Samsung juga telah mengumumkan penawaran Galaxy A32 yang turut menampilkan reka bentuk yang sama.

Samsung Galaxy A32 kini rasmi- varian 4G dan 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 12

Samsung Galaxy A32 juga menampilkan skrin paparan Super AMOLED 90Hz Infinity-U berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+.

Selain itu, Samsung Galaxy A32 menggunakan cipset MediaTek Helio G80, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Samsung Galaxy A32 kini rasmi- varian 4G dan 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 13

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A32 dilihat menampilkan tetapan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

Samsung Galaxy A32 kini rasmi- varian 4G dan 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 14

Beralih kepada bahagian bateri, Samsung Galaxy A32 menawarkan kapasiti bateri yang sama seperti pada Galaxy A72 iaitu 5,000mAh namun kadar pengecasan pantas adalah 15W sahaja.

Samsung Galaxy A32 kini rasmi- varian 4G dan 5G akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi 15

Samsung Galaxy A32 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet.

Samsung Galaxy A32 dijangka akan ditawarkan didalam varian LTE dan 5G namun buat masa ini masih belum ada maklumat harga bagi pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.