Xiaomi Mi 11 kini rasmi dengan Skrin WQHD+ 120Hz & Snapdragon 888
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2021 terbaru mereka iaitu Mi 11 yang kini memasuki pasaran antarabangsa selepas diperkenalkan di China pada penghujung tahun 2020.
Xiaomi Mi 11 yang merupakan antara telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888 (ketika pelancaran di China).
Terus kepada spesifikasi, Xiaomi Mi 11 tampil dengan skrin paparan WQHD+ AMOLED berukuran 6.81-inci yang menawarkan kepadatan piksel 515ppi dan ianya adalah panel yang menyokong kadar segar semula 120Hz dengan adaptive Sync.
Panel skrin yang digunakan oleh Mi 11 adalah panel AMOLED E4 yang 15% lebih jimat tenaga namun masih mampu menawarkan kadar kecerahan maksima sehingga 1500nits dan panel skrin Mi 11 ini juga turut dilapisi gelas keselamatan Corning Glass Victus.
Selain itu, panel Mi 11 ini juga mempunyai hole-punch yang menempatkan kamera selfie 20MP dan terdapat juga sensor capjari terbina dalam skrin.
Selain pengunaan cipset Snapdragon 888 (GPU Adreno 660) , Xiaomi Mi 11 juga disertakan dengan 8GB RAM jenis LPDDR5 selain storan dalaman sehingga 256GB (jenis UFS 3.1).
Beralih kepada bahagian kamera, Xiaomi Mi 11 menempatkan kamera utama 108MP yang dipadankan bersama sensor ultrawide 13MP dan sensor Telemakro 5MP. Sensor kamera ini juga membawakan sokongan rakaman video 8K HDR10+ bersama-sama pelbagai ciri untuk rakaman video yang lebih cinematik.
Selain itu, Xiaomi Mi 11 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas GaN 55W, pengecasan tanpa wayar 50W dan pengecasan berbalik 10W.
Dalam pada itu, kontroversi terbesar sebelum pelancaran Xiaomi Mi 11 adalah samada adapter pengecasan akan disertakan bersama pembelian namun Xiaomi telah mengesahkan adapter pengecasan 55W GaN akan disertakan didalam kotak.
Selain itu, Xiaomi Mi 11 juga mempunyai berkapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan tanpa wayar 50W dan pengecasan berbalik 10W
Selain itu, Xiaomi Mi 11 juga hadir dengan sokongan dwi-speaker Hi-Res Audio Harmon Kardon, EMUI 12 , 5G , WiFi-6E dan bacaan kadar degupan jantung menggunakan sensor capjari dalam skrin.
Xiaomi Mi 11 akan ditawarkan 3 pilihan warna iaitu Midnight Gray, Cloud White dan Horizon Blue.
Harga penjualan Xiaomi Mi 11 adalah seperti berikut :
Xiaomi Mi 11 8GB/128GB – €749 (RM 3,662)
Xiaomi Mi 11 8GB/256GB – €799 (RM 3,906)
Buat masa ini harga Mi 11 bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan namun dijangka lebih rendah berbanding harga di Eropah.