Xiaomi Redmi 3 disahkan hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh
Xioami Redmi 3 telah disahkan akan dilancarkan pada 12 Januari ini dan episod ‘teaser’ yang akan mendedahkan sedikit demi sedikit maklumat telefon pintar ini telah dimulakan.
Seperti sebelum ini, Xiaomi telah memuat turun satu gambar di akaun Weibo mereka dan mendedahkan bahawa Xiaomi Redmi 3 akan hadir dengan bateri yang berkapasiti tinggi iaitu 4100mAh.
Kapasiti bateri 4100mAh yang ditawarkan pada Redmi 3 adalah lebih tinggi berbanding Redmi Note 3 yang dilancarkan baru-baru ini.
Walaupun hadir dengan bateri yang besar, Xiaomi berjaya mengekalkan ketebalan telefon pintar ini pada tahap yang boleh diterima iaitu 8.5mm
Selain itu, telefon pintar ini telah disenaraikan di TENAA dan ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.5GHz, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan ukuran dimensi 139.3 x 69.6 x 8.5 mm dengan berat 143gram.
Bercakap mengenai pemproses, maklumat terbaru yang kami laporkan awal pagi ini mendakwa Xiaomi Redmi 3 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616.
Xiaomi Redmi 3 dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 699 iaitu sekitar RM 466 dan harga ini adalah sangat kompetetif.
Xiaomi Redmi 3 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia beberapa bulan selepas ianya dilancarkan secara rasmi dan kita mungkin dapat melihat ianya mula dijual di sini sekitar bulan Mac 2016.