OnePlus Buds Z Edisi Steven Harrington Akan Tawarkan di Shopee Mulai 14 Januari Pada Harga RM 229 Sahaja
Pelancaran OnePlus Budz Z ke pasaran Malaysia telah mendapat sambutan yang amat positif kerana kualiti audio dan ciri-ciri menarik yang dimiliki earbuds ini.
Hari ini, OnePlus Malaysia telah mengumumkan ketibaan edisi khas OnePlus Buds Z x Stevem Harrington yang akan ditawarkan mulai 14 Januari ini.
OnePlus Buds Z edisi Steven Harrington ini menampilkan reka bentuk casing matte yang didatangkan dengan tiga saiz eartip yang stabil dan selesa untuk dipakai.
Selain itu, earbuds edisi khas Steven Carrington juga tampil dengan reka bentuk yang sama seperti casing dengan ukiran artistik ‘Cool Cat’ yang ikonik.
OnePlus Buds Z tampil dengan 10mm dynamic driver, dynamic 3D stereo yang dikuasakan oleh Dolby Atmos, 20 jam pendengaran dan kalis air IP55.
OnePlus Buds Z edisi Steven Harrington akan ditawarkan mulai 14 Januari ini pada harga RM 229 dan pembelian boleh dilakukan di Shopee .