Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A12 dan Galaxy A02s kini rasmi di Malaysia pada harga serendah RM 529 sahaja


Samsung Mobile secara rasminya telah mengumumkan bahawa dua model terbaru didalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A12 dan Galaxy A02s kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 529 sahaja.

Samsung Galaxy A12 dan Galaxy A02s hadir dengan skri  paparan HD+ Infinity-V berukuran 6.5 inci, Audio Dolby Atmos dan bateri 5,000mAh yang turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

Beralih kepada bahagian dalaman, Samsung Galaxy A12 hadir dengan cipset MediaTek Helio P35, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala Galaxy A02s pula hadir dengan pemproses Snapdragon 450 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, Samsung Galaxy A12 menampilkan tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, Galaxy A02s pula tampil dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 13MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 5MP.

Galaxy A12 akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dengan harga RM799 dan ianya hadir didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

Galaxy A02s juga ditawarkan mulai 6 Januari 2021 pada harga RM529 didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

Dapatkan Samsung Galaxy A12 dan Galaxy A02s di Samsung Experience Store, pengedar-pengedar sah atau e-store Samsung.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.