Poco M3 kini rasmi dengan pemproses Snapdragon 662, skrin FHD+ dan Bateri 6,000mAh pada harga serendah RM 499
Poco secara rasminya telah memperkenalkan Poco M3 ke pasaran global dan telefon pintar terbaru Poco ini juga akan memasuki pasaran Malaysia.
Pelancaran Poco M3 dimulakan dengan statistik bahawa pengguna Poco kini mempunyai 6 juta pengguna secara global.
Poco M3 merupakan model terbaru didalam siri kelas M yang merupakan kelas entry level syarikat ini.
Poco M3 hadir dengan skrin paparan 6.53-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 90.34% dan ianya adalah panel skrin FHD+ yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.
Poco M3 ditawarkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 18W Fast Charge dan dengan kitaran bateri yang lebih banyak (sehingga 1000 kitaran pengecasan).
Selain itu, Poco M3 disertakan dengan tetapan tri-kamera dibelakang iaitu satu sensor 48MP, satu sensor depth 2MP dan satu sensor makro 2MP.
Kamera Poco M3 juga menawarkan sokongan mod time lapse, movie frame, color-focus dan mod malam.
Selain itu, Poco M3 juga hadir dengan pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 662 (Adreno 610), 4GB RAM jenis LPDDR4X dan sehingga 128GB storan dalaman jenis UFS 2.2.
Poco M3 juga hadir dengan reka bentuk panel belakang anti-capjari, sensor capjari dibahagian sisi, bicu audio 3.5mm, dwi-speaker, IR blaster dan slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 512GB storan dalaman.
Poco M3 akan hadir didalam tiga warna iaitu Cool Blue, Power Black dan (Poco Yellow – akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi).
Poco M3 akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 4/64GB pada harga RM 599 manakala versi 4/128GB pula akan ditawarkan pada harga RM 699.
Walaubagaimanapun, pada 27 November ini anda boleh mendapatkan Poco M3 di Lazada pada harga jualan istimewa iaitu hanya RM 499 (4/64GB) dan RM 599 (4/128GB).
Selain itu, pembelian Poco M3 pada 27 November ini juga akan menerima Mi In-Ear Headphones Basic Piston Earphone secara percuma.