Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz

Samsung Galaxy Tab S7+ Malaysia

Samsung Galaxy Tab S7+ Pada majlis Samsung Unpacked malam tadi, Samsung telah memgambil kesempatan ini untuk memperkenalkan tablet premium terbaru mereka iaitu Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+.

Samsung Galaxy Tab S7+ Malaysia

Pelancaran Galaxy Tab S7+ dan Galaxy Tab S7 ini dilihat untuk memberikan cabaran kepada Apple iPad Pro dan Microsoft Surface.

Apa yang menarik, kedua-dua model siri Galaxy Tab S7 ini dilengkapi dengan skrin paparan 120Hz, sokongan S-Pen, sistem audio dan video yang menyeluruh dan sistem operasi flagship Snapdragon 865+ yang menjamin kegunaan tablet ini untuk satu tempoh yang lama.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 1

Samsung Galaxy Tab S7+
Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 2

Terus kepada spesifikasi Samsung Galaxy Tab S7 yang lebih besar iaitu Tab S7+, ianya memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 12.4-inci dengan resolusi 2,800 x 1,752 px dan terdapat juga sensor capjari terbina didalam skrin.

Samsung Galaxy Tab S7+

Samsung Galaxy Tab S7+ juga hadir bersama-sama S-Pen yang kini lebih pantas dengan latensi rendah 9ms dan ianya juga menawarkan intergrasi penuh dengan Microsoft Office selain fungsi seperti PC melalui mod DeX.

Samsung Galaxy Tab S7+ juga disertakan dengan bateri berkapasiti 10,090mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 45W namun sedikit mengecewakan kerana anda perlu membeli adapter yang bersesuai.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 3

Samsung Galaxy Tab S7+ dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM yang masing-masing dipadankan pada storan dalaman 128GB atau 256GB (slot microSD juga disertakan).

Bercakap mengenai varian yang akan ditawarkan Galaxy Tab S7+ akan hadir didalam versi WiFi, 4G LTE dan 5G.

Pada bahagian belakang, Galaxy Tab S7+ dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera 13MP + 5MP selain satu jalur magnetik untuk meletakkan S-Pen manakala kamera selfie adalah 8MP.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 4

Samsung Galaxy Tab S7

Samsung Galaxy Tab S7 adalah tablet yang lebih murah dan ianya juga lebih kecil dengan skrin paparan LPTS TFT berukuran 11.0-inci namun masih menawarkan kadar segar semula 120Hz namun sokongan S-Pen adalah dengan kadar latensi 26ms seperti Galaxy Note20.

Samsung Galaxy Tab S7 juga memiliki bateri 8,000mAh yang menjadikanya 100gram lebih ringan berbanding Tab S7+ (sensor capjari Galaxy Tab S7 adalah pada bahagian sisi).

Dari segi pemproses dalaman, ianya adalah sama seperti Galaxy Tab S7+ iaitu Snapdragon 865+ dengan dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB dan 8/256GB.

Persamaan antara kedua tablet ini juga menyaksikan Samsung Galaxy Tab S7 berkongsi tetapan kamera yang sama pada bahagian belakang dan hadapan.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 5

DeX mod juga disertakan pada Galaxy Tab S7 dan folio papan kekunci Book Cover yang mempunyai pad sesentuh juga ditawarkan dengan pengalaman setaraf komputer riba.

Kedua-dua Galaxy Tab S7 ini juga menampilkan 4 pembesar suara AKG dan ianya juga menyokong Dolby Atmos.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 6

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Galaxy Tab S7 dijangka akan memasuki pasaran mulai 21 Ogos namun buat masa ini harga dan tarikh penjualan di Malaysia masih belum diketahui.

Samsung Galaxy Tab S7+ dan Tab S7 kini rasmi dengan Snapdragon 865+, sokongan S-Pen dan skrin 120Hz 7

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.