Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei tamatkan dominasi 9 tahun Samsung dan Apple untuk bergelar syarikat telefon pintar No.1 dunia


Laporan terbaru daripada Canalys mendedahkan bahawa Huawei telah melonjak ke tangga pertama didalam pasaran telefon pintar dunia pada suku ke-2 2020.

Huawei telah berjaya menjual lebih banyak telefon pintar apabila dibandingkan dengan syarikat lain pada suku yang sama dan ini merupakan kali pertama didalam 9 tahun, syarikat selain Samsung dan Apple menerajui pasaran telefon pintar dunia.

Huawei berjaya menjual 55.8 juta telefon pintar, susut 5% dari berbanding tahun lepas namun, Samsung yang berada di tempat kedua pula hanya berjaya menjual 53.7 juta telefon pintar, jatuh 30% apabila dibandingkan dengan suku ke-2 2019.

Anda juga pasti maklum bahawa Huawei masih dikenakan sekatan dari kerajaan AS, yang telah menjejaskan perniagaannya di luar pasaran China dan ini menyaksikan penjualan Huawei di pasaran antarabangsa telah jatuh 27% pada Suku ke-2.

Walaubagaimanapun Huawei telah bangkit untuk menguasai pasar domestiknya, Penjualan di China telah naik sebanyak 8% pada suku ke-2, dan lebih 70% dari telefon pintar Huawei yang terjual adalah di China.

China telah pulih lebih awak dari wabak koronavirus, dengan kilang mula beroperasi semula , pembangunan ekonomi yang berterusan dan kawalan ketat terhadap wabak baru.

Huawei telah memanfaatkan sepenuhnya pemulihan ekonomi China untuk menghidupkan semula perniagaan telefon pintarnya.

Samsung pula mempunyai pegangan pasaran yang sangat kecil di China, iaitu kurang dari 1%, dan Samsung juga telah menyaksikan pasaran utamanya, seperti Brazil, India, Amerika Syarikat dan Eropah dilanda wabak yang menyebabkan Samsung menutup sementara perniagaan mereka.

Walaupun telah naik ke tangga pertama, adalah sukar untuk Huawei mengekalkan kedudukan ini untuk jangka panjang.

Penjualan di China sahaja tidak akan mencukupi untuk mengekalkan Huawei di puncak kerana ekonomi global sudah mula pulih dan Samsung mungkin merampas semula kedudukan No.1 telefon pintar global seawal suku ke-3 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.