Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch 3 – reka bentuk yang lebih elegan pada harga dari RM 1,699 sahaja

Samsung Galaxy Watch 3Selain Siri Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Buds Live, Samsung juga telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Watch 3.

Samsung Galaxy Watch 3 Malaysia
Samsung Galaxy Watch 3 membawakan pelbagai fungsi baharu seperti bacaan SpO2, tekanan darah dan ECG dengan dua saiz jam iaitu 41mm dan 45mm.

Samsung Galaxy Watch 3 - reka bentuk yang lebih elegan pada harga dari RM 1,699 sahaja 9

Terus kepada skrin, Galaxy Watch 3 disertakan dengan skrin Super AMOLED berukuran 1.2-1.4” yang dilapisi gelas Corning Gorilla DX dan bezel yang boleh di putar untuk navigasi UI.

Dari segi dalaman, Samsung Galaxy Watch 3 memiliki pemproses dual-core Exynos 9110 berkelajuan 1.5GHz, 1GB RAM dan 8GB storan dalaman (versi LTE dengan sokongan eSIM juga ditawarkan).

Samsung Galaxy Watch 3 - reka bentuk yang lebih elegan pada harga dari RM 1,699 sahaja 10

Samsung Galaxy Watch 3 juga hadir dengan kalis air dan habuk IP68, pensijilan ketahanan gred MIL-STD-810G, bateri antara 270mAh – 340mAh mengikut saiz jam dan pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, Samsung Galaxy Watch 3 juga disertakan dengan TizenOS 5.5 yang bermaksud ianya boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Samsung Galaxy Watch 3 - reka bentuk yang lebih elegan pada harga dari RM 1,699 sahaja 11

Antara fungsi lain yang disertakan pada Samsung Galaxy Watch 3 adalah GPS, perekod data sleep management yang lebih tepat dan pelbagai fungsi notifikasi pintar apabila digunakan bersama peranti Samsung terutamanya siri Galaxy Note 20.

Samsung Galaxy Watch 3 - reka bentuk yang lebih elegan pada harga dari RM 1,699 sahaja 12

Samsung Galaxy Watch 3 akan ditawarkan didalam varian 41mm dan 45mm dengan harga penjualan dari RM 1,699 dan RM 1,799.

Pra-tempahan akan dibuka pada 6 hingga 20 Ogos 2020 dengan setiap pra-tempahan juga akan menerima pad pengecasan tanpa wayar bernilai RM 239 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.