Asus ZenFone Max dikesan di SIRIM- bateri 5000mAh
Asus ZenFone Max yang diperkenalkan semula di IFA 2015 dijangka akan hadir pada harga penjualan yang sangat berpatutan dan mempunyai kapasiti bateri yang pasti akan membuatkan anda terpegun.
ZenFone Max yang masih belum dilancarkan di pasaran tempatan dilihat akan menjadi telefon pintar pertama yang akan dilancarkan oleh Asus Malaysia bagi 2016 kerana telefon pintar ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM.
Sumber maklumat kami iaitu Kevin Ng telah memberikan bukti bahawa model dengan nombor siri ZC550KL telah mendapat pensijilan SIRIM dan didaftarkan dibawah syarikat Dynamics distribution.
Pensijilan SIRIM bagi Asus ZenFone Max memberikan kita petunjuk bahawa model ini akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia didalam masa terdekat.
Mode ZC550KL atau Asus ZenFone Max akan hadir dengan skrin paparan IPS 720p 5.5-inci yang turut dilindungi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4, pemproses Quad-core Snapdragon 410, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.
Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh ZenFone Max ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.
Telefon pintar ini akan hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE pada satu slot, Android 5.0 Lollipop dan slot microSD yang memberikan tambahan memori simpanan maksima 64B.
Sesuai dengan nama Max, Asus ZenFone Max ini akan memberikan anda jangka hayat bateri yang baik kerana model ini memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dan Asus juga telah membandingkanya dengan bateri yang dimiliki oleh Apple iPhone 6s.
Asus ZenFone Max dijangka akan memasuki Malaysia pada 13 Januari 2016 dan harga penjualan telefon pintar ini dijangka berada pada kadar RM 700-900.