Xiaomi Mi 10 Pro dan Mi 10 dengan sokongan 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April ini
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri Xiaomi Mi 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April 2020.
Xiaomi Mi 10 Pro dan Mi 10 hadir dengan pemproses kelas flaghsip Snapdragon 865 ( akan membawa sokongan 5G ke pasaran Malaysia.
Xiaomi Mi 10 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci pada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz (skrin punch-hole yang menempatkan kamera selfie 20MP).
Xiaomi Mi 10 Pro juga hadir dengan sensor 108MP yang mempunyai lensa 8P dan ianya dilengkapkan dengan tiga lagi sensor kamera iaitu sensor telefoto yang menawarkan 10x zoom hibrid, satu lagi sensor telefoto 12MP 2x untuk mod potret dan sensor 20MP ultrawide.
Xiaomi Mi 10 Pro juga hadir dengan OIS, EIS dan penambahbaikan AI bagi fotografi dan sokongan rakaman video 8K.
Xiaomi Mi 10 Pro ditawarkan didalam tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 8GB RAM /256GB , 12GB/256 GB, dan 12GB/512GB iaitu jenis RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.0.
Mi 10 Pro juga menawarkan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 50W, pengecasan tanpa wayar 30W dan pengecasan berbalik (powerbank) 10W.
Xiaomi Mi 10 Pro akan hadir dengan sokongan 5G SA dan 5G NSA selain sokongan Wi-Fi 6.
Beralih kepada Mi 10 pula, ianya masih mengekalkan skrin paparan AMOLED yang sama seperti Mi 10 Pro dan juga sensor 108MP namun kedua-dua sensor telefoto telah digantikan dengan satu sensor depth 2MP dan satu sensor makro 2MP manakala sensor ultrawide kini hanya 13MP.
Mi 10 juga mengekalkan pengunaan RAM LPDDR5, UFS 3,0 dan sokongan rakaman 8K seperti versi Pro.
Bateri yang dimiliki oleh Mi 10 pula adalah 4,780mAh dengan pengecasan pantas 30W, pengecasan tanpa wayar 30W dan pengecasan berbalik 10W.
Harga dan spesifikasi Siri Xiaomi Mi 10 di Malaysia masih belum diketahui namun semua persoalan akan terjawab pada 22 April ini.