Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

SOCAR lancarkan perkhidmatan penghantaran barang serendah RM 4 sejam

SOCAR lancarkan perkhidmatan penghantaran barang serendah RM 4 sejam 3
Perkhidmatan e-hailing SOCAR telah melancarkan pelan
Mobiliti Perniagaan SOCAR (SOCAR Business Mobility) di sebagai usaha untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan bagi membantu perniagaan khususnya ejen penghantaran serta PKS.

SOCAR Malaysia memahami betapa sukarnya untuk perniagaan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan syarikat ini mungkin sedang mengalami kerugian,

Dengan perkhidmatan terbaru Socar ini, iany dijangka dapat membantu para peniaga yang beroperasi dari rumah supaya dapat meneruskan perniagaan dengan gangguan yang minimum.

fasa pertama pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR dilancarkan dalam tempoh PKP bagi membantu mengurangkan beban kos operasi dan pada masa sama menyediakan satu alternatif yang boleh dipercayai untuk pengendali perniagaan

Fasa pertama pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR diperkenalkan semata-mata untuk membantu perniagaan dan ejen pengangkutan dengan menyediakan penyelesaian pengangkutan, di mana mereka boleh menyewa kereta untuk jangka masa yang singkat atau panjang pada harga yang berpatutan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh.

Ejen penghantaran serta pengendali perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berminat menggunakan pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR perlu melayari laman sesawang rasmi, https://socar.my/bizmobility dan mendaftar butiran maklumat mereka.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan dan diberikan kod promo yang mana ianya boleh digunakan dan ditebus melalui aplikasi mudah alih SOCAR.


 Pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR

Sebagai sebahagian daripada fasa pertama pelancarannya semasa tempoh PKP ini, pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR menawarkan pakej-pakej serendah RM4 sejam dan serendah RM200 untuk 5 hari.

Ejen penghantaran dan pengendali perniagaan boleh memilih daripada pelbagai pilihan kereta yang disediakan seperti Perodua Axia, Honda City, Honda Jazz, Toyota Vios, Volkswagen Polo, Toyota Rush dan banyak lagi.

Pelbagai manfaat turut disediakan termasuk petrol percuma 20km bagi setiap jam tempahan (dihadkan pada 240km untuk tempahan 12 jam) dan perkhidmatan penghantaran SOCAR-2-YOU bagi tempat-tempat yang berada di dalam kawasan liputan.

membantu keperluan aliran tunai untuk pengusaha-pengusaha kecil, Socar turur menawarkan pilihan kad petrol yang telah sedia ditambah nilai mengikut permintaan melalui e-mel di help@socar.my

Pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR bagaimanapun tidak disediakan untuk diskaun perjalanan sehala antara bandar.

Jumlah bayaran keseluruhan yang dikenakan tertakluk kepada pilihan model kereta, insurans dan cukai perkhidmatan, manakala model kereta tertakluk kepada ketersediaan.

Untuk mendapatkan maklumat terperinci serta terma dan syarat pelan Mobiliti Perniagaan SOCAR, sila kunjungi https://socar.my/bizmobility.

Muat turut aplikasi SOCAR dari Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR untuk mendapat maklumat tentang promosi serta tawaran terkini.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.