Asus tawarkan waranti tambahan ‘Asus Perfect Warranty’ secara percuma
Asus Malaysia telah mengumumkan penawaran waranti Asus Perfect Warranty yang meliputi pelbagai kerosakan tambahan yang tidak termasuk dalam waranti biasa Asus.
Semua komputer riba Asus yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019 & 2020 ( model yang layak sahaja) namun diaktifkan selepas 1 Januari 2020 layak menikmati waranti ini secara percuma.
Seperti anda sedia maklum, setiap komputer riba Asus hadir dengan 2 tahun jaminan waranti global namun ianya tidak termasuk kemalangan seperti tertumpah air, kerosakkan elektrikal dan sebagainya.
Walaubagaimanapun dengan Asus Perfect Warranty, anda boleh menarik nafas lega kerana Asus akan menanggung 80% daripada kos baik pulih dengan hanya 20% dibayar oleh pemilik (waranti juga termasuk bateri dan adapter pengecasan).
Untuk memastikan kelayakan, staff Asus di pusat servis akan menyemak data pengaktifan sebelum ke proses pembaikan (semakan akan dibuat ketika penghantaran komputer riba ke pusat servis).