Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme kekal didalam 7 syarikat telefon pintar terbaik dunia

realme kekal didalam 7 syarikat telefon pintar terbaik dunia 5
Menurut analisa Counterpoint mengenai kajian pasaran telefon pintar bagi bulan Feb 2020, realme yang merupakan jenama telefon pintar paling berkembang pesat kekal didalam senarai 7 syarikat terbaik telefon pintar terbaik dunia.

Secara keseluruhan realme mempunyai 2.7% pegangan pasaran telefon pintar yang menyaksikan syarikat ini mengekalkan kedudukan di pasaran telefon pintar global sekaligus membuktikan realme sebagai antara jenama telefon pintar utama didunia.

Walaupun dengan impak negatif didalam pasaran yang menyaksikan penjualan telefon pintar global jatuh 14%, realme masih mencatatkan pertumbuhan yang konsisten didalam pasaran telefon pintar global.

Bagi tahun 2020, realem akan mengunapakai strategi “Smartphone + AIoT” untuk membina pasaran yang menawarkan produk yang memenuhi gayahidup golongan muda.

realme kekal didalam 7 syarikat telefon pintar terbaik dunia 6

Berikut adalah kedudukan pasaran telefon pintar global pada bulan Februari 2020.

1. Samsung 21.9%
2. Apple 14.4%
3.Huawei 13.2%
4. Xiaomi 9.2%
5.Oppo 8.2%
6.Vivo 6.0%
7. realme 2.7%
8. Lain-lain 24.3%

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.