Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

PKP Fasa 2 bermula 1 April 2020 – lebih banyak sekatan jalan raya dan operasi perniagaan penting 8 pagi – 8 malam sahaja

PKP Fasa 2 bermula 1 April 2020 – lebih banyak sekatan jalan raya dan operasi perniagaan penting 8 pagi – 8 malam sahaja

Pada Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan sebentar tadi Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan memasuki fasa kedua mulai 1 April 2020.

Antara peraturan baru yang diumumkan adalah seperti berikut :

1. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar, 8.00 pagi hingga 8.00 malam

2. Operasi Stesen Minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

3. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi pengangkutan awam kekal 8.00 pagi hingga 8.00 malam

4. PKP Fasa Kedua : Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 8.00 malam

5. PKPD yg kedua telah dilaksanakan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat berikutan peningkatan jumlah positif jangkitan COVID-19

6. PDRM telah menahan 828 individu kerana ingkar PKP

7. PDRM bersama ATM telah membuat sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan kpd lebih 257,287 kenderaan

8. Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol

9. Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774

10. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online)

11. Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian

12. Kelonggaran kepada golongan Autism & OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan

13. Kerajaan tetap harga siling topeng muka RM1.50

14. SOP PKP Tahap 2 akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.