Doogee F7 telefon pintar 2k termurah didunia – RM 733
Doogee satu lagi pengeluar telefon pintar dari negara tembok besar telah melancarkan sesuatu yang pasti akan menerima perhatian dunia.
Doogee telah mengumumkan telefon pintar utama terbaru mereka dan ianya mendapat gelaran telefon pintar 2K ternipis didunia.
Doogee F7 juga akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Helio X20 yang hadir dengan 10 teras dan turun dikenali dengan kod nama MT6795. Pelancaran model pertama dengan pemproses Helio X20 ini membuktikan kepercayaan MediaTek terhadap Doogee.
Doogee F7 juga telah disahkan akan memiliki skrin paparan 2K 5.7-inci dengan teknologi force touch, kamera utama 21-megapiksel IMX230 daripada Sony dan berasaskan sistem operask Android 6.0 Marshmallow.
Selain daripada ini, Doogee tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifkasi lain yang dimiliki oleh F7 ( RAM, kamera selfie, kapasiti memori simpanan dalaman, kapasiti bateri dan sokongan SIM belum diumumkan).
Walaubagaimanapun, Doogee telah mengumumkan sesuatu yang penting iaitu harga penjualanya.
Doogee F7 hadir dengan harga penjualan yang sangat-sangat murah apabila dibandingkan dengan spesifikasi yang dimilikinya.
Doogee F7 akan ditawarkan tahun hadapan pada harga $169.99 iaitu hanya RM 733 berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa.
Doogee F7 juga akan mendapat satu lagi gelaran iaitu telefon pintar 2K termurah didunia dan mungkin boleh mengambil gelaran ‘flagship killer 2016’ daripada OnePlus 2.
Doogee telah pun memasuki pasaran Malaysia sebelum ini dan dengan pelancaran model baru ini kami pasti jenama Doogee akan mendapat perhatian pengguna di Malaysia.