Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple sedang menguji teknologi skrin micro-LED untuk iPhone

Apple sedang menguji teknologi skrin micro-LED untuk iPhone 1

micro led

Apple yang dikatakan berada didalam perancangan untuk beralih kepada teknologi skrin paparan yang baru mulai tahun 2018 sedang menguji beberapa jenis skrin paparan disatu kilang yang terletak di Taiwan.

Laporan terbaru berkata syarikat Cupertino ini sedang melakukan kajian untuk menggunakan skrin paparam micro-LED yang dikatakan lebih nipis dan mempunyai pengunaan tenaga yang lebih efisen kerana skrin micro-LED tidak memerlukan lampu belakang dan ini akan membantu menjimatkan lagi pengunaan bateri.

Selain itu, skrin paparan micro-LED ini juga menawarkan jumlah resolusi yang lebih tingi dan gamut warna yang lebih baik. Walaubagaimanpun, terdapat kelemahan yang besar pada skrin ini.

Skrin paparan micro-LED ini apabila digunakan pada proses pengilangan TFT (thin film transistor), jumlah yang berjaya dibuat adalah tidak memuaskan. Ini menyebabkan pengeluaran komersial skrin paparan micro-LED ini sangat sukar namun Apple dilihat sedang berusaha keras untuk mengubah keadaan ini.

Penganalisa Syarikat Digitimes, Jesslie Lin berkata, jika Apple berjaya menyelesaikan masalah ini, skrin paparan micro-LED dijangka akan menjadi pencabar kepada skrin paparan OLED yang sebelum ini pernah dikatakan akan digunakan pada Apple iPhone mulai 2018.

Selain itu, penganalisa KGI Securites Ming Chi-Kuo yang terkenal dengan ramalan yang tepat mengenai produk Apple berkata iPhone dengan skrin paparan AMOLED tidak akan dikeluarkan didalam masa terdekat dan meramalkan iPhone yang akan dikeluarkan pada tahun 2019 mungkin menjadi generasi pertama yang menggunakan skrin paparan AMOLED.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.