Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Skrin paparan OLED iPhone 2018 mungkin dibekalkan oleh JDI

Apple iPhone 8 2018

Hasrat Apple untuk beralih dari pengunaan teknologi skrin LCD kepada pengunaan skrin paparan OLED mungkin sesuatu yang betul.

Walaubagaimanapun, salah satu halangan terbesar yang akan dihadapi oleh syarikat Cupertino ini adalah mencari pembekal skrin paparan yang mampu membekalkan Foxconn panel skrin untuk memenuhi permintaan berskala besar bagi iPhone mereka.

Samsung adalah satu syarikat yang mampu menghasilkan skrin paparan OLED didalam skala yang besar namun hubungan kedua syarikat ini menyebabkan pakar teknologi tidak optimistik Samsung dan Apple akan berkerjasama.

Selain itu, Samsung juga merupakan pembekal skrin paparan OLED bagi satu-satunya produk mereka yang menggunakan teknologi skrin ini iaitu Apple Watch.

Menurut satu syarikat penerbitan di Jepun, pembuat skrin paparan Japan Display Inc. atau lebih JDI akan memulakan kajian didalam panel OLED dan dijangka mampu menghasil skrin paparan OLED generasi ke-6 berbanding generasi ke-4.5 sekarang didalam masa beberapa tahun lagi.

Ini bermaksud panel skrin OLED daripada JDI mungkin disertakan pada Apple iPhone 8 yang akan dilancarkan pada tahun 2018.

Pembangunan generasi baru skrin paparan OLED dijangka akan diadakan di kilang yang terletak di Mobara, Jepun.

Skrin paparan LCD untuk Apple iPhone kini dibekalkan oleh JDI dan Sharp.

Selain JDI, LG Display juga dikatakan sedang melakukan pelaburan besar bagi mempersiapkan syarikat ini untuk memenuhi permintaan berskala besar daripada Apple bagi iPhone mereka.

image

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.