Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X – telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 1

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 2

Honor 9X merupakan telefon pintar terbaru Honor di Malaysia yang memasuki pasaran tempatan baru-baru ini dengan harga penjualan yang amat kompetitif iaitu dibawah RM 1,000 sahaja.

Walaupun hadir pada harga penjualan ini, Honor telah melakukan yang terbaik untuk membekalkan telefon pintar ini dengan spesfikasi dalaman yang sangat baik.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri penting Honor 9X yang membolehkan anda melalui semua aktiviti harian anda tanpa sebarang masalah.

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 3

Skrin paparan Honor FullView 6.59”

Honor 9X hadir dengan skrin paparan FullView berukuran 6.59” yang ternyata mampu memberikan pengguna pengalaman skrin luar biasa tanpa sebarang takukan.

Dengan memindahkan sensor kamera selfie ke mekanisma pop-up, Honor 9X telah mencapai nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 91%.

Skrin paparan Honor FullView ini menawarkan resolusi FHD+ 2340 x 1080 piksel dan terdapat juga ‘Blue Eye Filter’ yang telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland.

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 4

Bateri gergasi pada rangka kompak 

Honor 9X hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang ditempatkan didalam peranti yang sangat kompak.

Penawaran bateri 4,000mAh membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan ketika didalam perjalanan mahupun diluar kawasan tanpa perlu risau akan ketandusan bateri.

Selain itu, Honor harus juga diberikan pujian kerana telah beralih kepada penggunaan slot USB-C pada Honor 9X yang membolehkanya menyokong teknologi pengecasan pantas 10W.

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 5

Menyokong storan dalaman seperti komputer riba

Honor 9X hadir didalam satu varian sahaja di Malaysia iaitu dengan kapasiti 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Honor telah memilih untuk menggunakan jenis storan UFS 2.1 yang lebih pantas berbanding UFS 2.0.

Satu kelebihan yang disertakan pada Honor 9X adalah slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 512GB memori menjadikan jumlah memori keseluruhan seperti sebuah komputer riba.

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 6

GPU Turbo 3.0 membolehkan penawaran grafik kelas flaghsip

Salah satu kelebihan yang dimiliki telefon pintar Honor adalah sokongan penambahbaikan GPU Turbo yang kini sudah memasuki generasi ke-3 yang menjanjikan prestasi grafik yang tinggi dan konsisten.

GPU Turbo 3.0 adalah teknologi pemprosesan grafik berdasarkan cip Kirin yang menggabungkan  perisian dan interaksi komponen dalaman.

Dengan GPU Turbo, tahap kecekapan grafik telah meningkat sehingga 60% namun pada masa menawarkan penjimatan tenaga hampir 30%.

Berikut adalah senarai permainan yang menyokong GPU Turbo 3.0 :

GPU Turbo 3.0 – Fortnite, Knives Out, Battle Bay, Crazy Taxi, Real Racing 3, Into the Dead 2, NBA 2K19, Dragon Nest M, Duel Links, PES2019, DRAGON, BALL LEGENDS, FIFA Mobile, Free Fire, Minecraft, Helix, Plants vs. Zombie Heroes, Subway Surfers, Brawl Stars, Speed Drifters, Mobile Legends: Bang Bang, Vainglory, Arena of Valor, Rules of Survival, NBA 2K18.

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 7

Kamera selfie pop-up 16MP yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar Honor

Honor 9X menjadi telefon pintar pertama didalam sejarah Honor untuk hadir dengan teknologi kamera terangkat 16MP.

Apabila ianya digunakan buat kali pertama, isu pertama yang harus ditangani adalah menyakinkan pengguna bahawa kualti dan ketahanan teknologi terbaru ini adalah yang terbaik.

Modul kamera selfie Honor 9X telah menjalani pelbagai ujian ketahanan yang mana modul kamera tersebut mampu menahan berat sehingga 15KG.

Kamera selfie Honor 9X ini juga hadir dengan mekanisma’fail-save’ yang akan menyebabkan modul pop-up ini tenggelam semula apabila telefon pintar ini mengesan sebarang jatuhan.

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 8

Dengan teknologi terkini seperti di atas, kami percaya Honor 9X mampu menjadi satu telefon pintar yang boleh mampu memenuhi keperluaan harian anda.

Honor 9X kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 999 dan ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu midnight black dan sapphire blue.

ULASAN : Honor 9X Malaysia – telefon pintar terbaik Honor didalam siri X 

Anda boleh mendapatkan Honor 9X di Honor Experience Store atau secara atas talian di Hihonor, Lazada dan Shopee

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 9

Honor Malaysia juga turut menawarkan program ‘trade-in’ yang membolehkan anda menukar telefon pintar lama Honor anda kepada Honor 9X dengan penjimatan sehingga RM 350. 

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh anda ketahui di sini

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 10

Honor Malaysia juga telah mengumumkan akan menawarkan Honor x Stoned edisi terhad hasil kerjasama Honor dan jenama pakaian Stoned & Co.

Sebanyak 200 unit Honor 9X edisi Honor x Stoned ini akan ditawarkan iaitu 100 unit di http://hihonor.com/my pada tengah malam 20 Disember dan 100 unit lagi di Honor Experience Store Sunway Pyramid mulai jam 11 pagi pada hari yang sama.

Setiap unit Honor 9X edisi terhad Honor x Stone akan turut hadir dengan nombor siri 001/200 hingga 200/200

Berikut adalah contoh gambar-gambar yang diambil melalui Honor 9X

Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 11Honor 9X - telefon pintar yang mampu memenuhi keperluaan harian anda 12

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.