Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 1 – telefon pintar pertama dengan skrin 4K HDR kini di Malaysia pada harga RM 4,299

Sony Xperia 1 Malaysia

Sony Xperia 1 - telefon pintar pertama dengan skrin 4K HDR kini di Malaysia pada harga RM 4,299 1

Sony Xperia 1 yang dilancarkan pada bulan Februari yang lalu kini telah ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 4,299.

Sony Xperia 1 hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan 4K OLED dan dengan nisbah skrin 21:9.

Selain itu, Sony Xperia 1 juga menjadi telefon pintar pertama Sony untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dan lebih mengejutkan Sony tidak menggunakan sensor 48MP Sony IMX586.

Xperia 1 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang dikenali sebagai skrin CineaWide yang mempunyai resolusi 3840 x 1664 piksel dan turut memiliki sokongan HFR (BT.2020).

Sony Xperia 1 - telefon pintar pertama dengan skrin 4K HDR kini di Malaysia pada harga RM 4,299 2

Selain itu, ianya turut hadir dengan pemproses Snapdragon 855, 6GB RAM dan 128GB storan selain slot microSD yang menyokong sehingga 512GB.

Sony Xperia X1 juga memiliki bateri berkapasiti 3,300mAh dengan teknologi pengecasan Battery Care dan mod Smart Stamina selain sokongan pengecas USB Power Delivery (tidak disertakan pada kotak).

Sony Xperia 1 - telefon pintar pertama dengan skrin 4K HDR kini di Malaysia pada harga RM 4,299 3

Beralih kepada kamera, Sony Xperia X1 hadir dengan tetapan 3 kamera 12MP iaitu sensor utama 1/1.26” dengan aperture f/1.6 yang turut memilik Optical SteadyShot (OIS+EIS) dan pemfokusan Dual Pixel, satu sensor telephoto 2x dan satu sensor lensa lebar ultra. Kamera selfie Xperia 1 adalah unit 8MP.

Sony Xperia 1 juga hadir dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos, game mod khas, pensijilan kalis air IP68, lapisan gelas Corning Gorilla 6 pada permukaan hadapan dan belakang selain sensor capjari pada sisi yang berasingan dari butang kuasa.

Sony Xperia 1 kini boleh dibeli di stor online rasmi Sony dan Lazada dengan tiga pilihan warna iaitu hitam,kelabu dan ungu.

Setiap pembelian Xperia 1 juga akan menerima casing dan gelas/filem perlindungan skrin secara percuma (sehingga 3 November atau sementara stok masih ada).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.