Galaxy S7 akan hadir didalam 4 versi
Pemberi maklumat terkemuka @evleaks telah mencuri tumpuan sekali lagi apabila telah mendedahkan satu perkara penting mengenai generasi terbaru Samsung Galaxy S7.
@evleaks telah mendedahkan bahawa generasi ketujuh telefon pintar utama Samsung iaitu Galaxy S7 akan hadir didalam 4 versi dengan nama Galaxy S7, Galaxy S7 Plus, Galaxy S7 Edge dan Galaxy S7 Edge Plus.
Pendedahan terbaru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan telefon pintar utama Samsung bagi tahun ini hadir didalam tiga versi iaitu S6, S6 Edge dan S6 Edge+.
Pelancaran model Plus bagi Galaxy S7 juga sesuatu yang baik dan akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Kesemua barisan Samsung Galaxy S7 ini akan dilancarkan pada MWC yang akan diadakan pada bulan Februari dan akan hadir dengan pemproses Exynos 8890 yang merupakan pemproses pertama Samsung yang hadir dengan reka bentuk pemproses khas.
Samsung Galaxy S7 juga akan hadir dengan teknologi kamera baru yang dikenali sebagai BRITECELL yang turut dilengkapi pemfokusan Duo Pixel .
Selain itu, Masih juga tiada sebarang pengesahan samada Galaxy S7 Plus dan Galaxy S7 Edge Plus akan dilancarkan bersama-sama model bukan Plus.
Selain itu, jumlah model Galaxy S7 ini belum mengambil kira mode Neo, Active dan Mini yang mungkin juga dilancarkan sebahagian daripada portfolio yang dimiliki Galaxy S7 ini.