Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 8 Pro dan Redmi Note 8 kini di Malaysia dengan harga serendah RM 599


Xiaomi Redmi Note 8 Pro dan Redmi Note 8 kini di Malaysia dengan harga serendah RM 599

Xiaomi Malaysia secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro ke pasaran tempatan dengan harga penjualan dari RM 599 sahaja.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro adalah model terbaru didalam siri telefon pintar Redmi.

Redmi Note 8 Pro sudah pastinya merupakan model yang mencuri tumpuan kerana ianya merupakan telefon pintar pertama di Malaysia untuk menggunakan sensor kamera 64MP.

Redmi Note 8 Pro

Redmi Note 8 Pro juga secara rasmi merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan sensor 64MP yang dibekalkan oleh Samsung.


Sensor 64MP ISOCELL Bright GW1 ini hadir dengan teknologi quad-binning pixel manakala sensor yang lain adalah seperti pada Redmi Note 8 (8MP+2MP+2MP).

Redmi Note 8 Pro memiliki skrin paparan yang lebih besar iaitu 6.53-inci iaitu panel LCD dengan resolusi FHD+.

Beralih kepada pemproses , Redmi Note 8 Pro juga menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses MediaTek Helio G90T dengan dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6/64GB atau 8/128GB.

Redmi Note 8 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 18W, kamera selfie AI 20MP, NFC dan teknologi penyejukan cecair yang sudah pastinya merupakan ciri kegemaran gamers.

Redmi Note 8 Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan hijau dengan harga  penjualan RM 1,099 bagi versi 6/64GB dan RM 1,199 bagi versi 6/128GB.

Mulai 8-11 Oktober, anda boleh dapatkan Redmi Note 8 Pro pada harga istimewa iaitu RM 999 bagi versi 6/64GB manakala bagi anda yang membeli Redmi Note 8 Pro versi 6/128GB – anda akan menerima gamepad Black Shark (kiri) secara percuma.

Anda kini boleh membuat pra-tempahan di Lazada sekarang dengan membayar 10% deposit ( bayaran baki pada 12 Oktober 2019).

Pra-tempahan juga boleh dibuat di Shopee pada harga yang sama.

pra-tempah Redmi Note 8 Pro 6/64GB

pra-tempah Redmi Note 8 Pro 6/128GB

Redmi Note 8

Redmi Note 8 pula hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.3-inci yang menawarkan resolusi FHD+ dan pengunaan LCD juga menolak kemungkinan telefon pintar ini menggunakan sensor capjari terbina pada skrin ( sensor capjari kekal dibelakang).

Selain itu, Redmi Note 8 hadir dengan pemproses Snapdragon 665 yang sama seperti pada Mi A3 dengan dua pilihan RAM iaitu 4 atau 6GB yang dipadankan dengan memori dalaman sehingga 128GB.

Redmi Note 8 juga merupakan telefon yang memiliki tetapan 4 kamera dibelakang dengan sensor utama adalah unit 48MP Samsung ISOCELL GM2, sensor lensa lebar 8MP, lensa makro 2MP dan lensa depth 2MP. Kamera selfie Redmi Note 8 ini adalah 13MP.

Redmi Note 8 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W melalui Type-C.

Redmi Note 8 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru dengan harga penjualan seperti berikut :

Redmi Note 8 3/32GB – RM 599 – mulai 18 Oktober

Redmi Note 8 4/64GB – RM 799 – mulai 12 Oktober – pra tempahan kini dibuka

Pra-tempah Redmi Note 8 (4/64GB) di Lazada
– percuma Mi True Wireless Earbuds Basic (RM 99)

Redmi Note 8 4/128GB – RM 899 – mulai 18 Oktober

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.